MAJLIS BELIA MALAYSIA

Lawatan Presiden MBM ke Kelantan Bersama Pengerusi MBJ Kuala Krai dan Gua Musang

GUA MUSANG 15 Nov – Lawatan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Jufitri Joha ke Negeri Kelantan berakhir dengan pertemuan Bersama Pengerusi Majlis Belia Jajahan Kuala Krai, Sdr. Rezzal Abedeen di Machang. Banyak perkara yang dibincangkan termasuk peranan MBJ dalam menghakupayakan belia dan komuniti setempat. Seusai pertemuan tersebut, Sdr. Jufitri menyempurnakan lawatan dengan makan malam […]

Ziarah Presiden MBM Bersama Pimpinan Majlis Belia Daerah Besut

KUALA BESUT 14 Nov – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) meneruskan usaha menziarahi pemimpin belia akar umbi dan kali ini bersama pimpinan Majlis Belia Daerah Besut pimpinan Ustaz Ahmad Shakir Sofian. Pertemuan berlangsung di Kem Damai Resort Besut, kendalian ahli belia. Sdr. Jufitri Joha sempat berbincang tentang ehwal majlis belia daerah (MBD), pelancongan belia dan […]

Pembentangan Model Baharu Pembangunan Belia (MBPB) 2030 di MPBN Pulau Pinang

GEORGETOWN 13 Nov – Majlis Belia Negeri Pulau Pinang telah selesai melangsungkan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) peringkat Negeri Pulau Pinang di St. Giles Hotel. Persidangan dipengerusikan oleh Dato’ Azman Ibrahim, Pengarah Pembangunan Negeri Pulau Pinang. Majlis Belia Malaysia (MBM) melalui Sdr. Mohd Fauzi Hj. Fadzil, Felo Penyelidik telah diberi ruang untuk membentangkan Model Baharu […]

Kunjungan hormat kepimpinan baharu HYO bincang gerak kerjasama

KUALA LUMPUR 13 Nov – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menerima kunjungan hormat dari kepimpinan baharu Majlis Belia Hindu Malaysia (HYO) di bawah pimpinan Sdr. Ananthan Subramaniam bagi membincangkan gerak kerjasama ke hadapan. Pelbagai perkara dibincangkan termasuk saranan agar HYO menulis sejarah mereka semula kerana mereka sudah wujud sejak 1949 selain memperkasakan latihan kepimpinan, MYKD […]

Translate »