MAJLIS BELIA MALAYSIA

Dialog MBM bersama persatuan belia tunggal

DALAM TALIAN 29 Dis – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Jufitri Joha telah mengendalikan sesi Dialog bersama persatuan belia tunggal secara dalam talian bagi membincangkan tentang hala tuju, permasalahan dan cadangan memperkukuhkan suara mereka di peringkat yang lebih tinggi. Sekitar 22 persatuan belia tunggal menyertai sesi dialog ini termasuk wakil Undi 18 dan Kelab […]

Perbincangan Presiden MBM bersama Pegawai Khas Belia YAB Perdana Menteri

KUALA LUMPUR 29 Dis – Telah berlangsung perbincangan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) bersama Pegawai Khas Belia YAB Perdana Menteri, Sdri. Ammielyya Jusnieza Ahmad Jafri seputar program Pemikir Muda Perdana Menteri (PM2PM) yang tertangguh sebelum ini berikutan pertukaran Kerajaan. Turut diperbincangkan isu koordinasi banjir, gerakan kesukarelawanan dan pelbagai isu belia. Hadir sama Felo Penyelidik MBM, […]

MBM serah 350 kit pakaian dalam #projectunderwear ke Gua Musang dan Kuala Krai

KELANTAN 28 Dis – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghantar sebanyak 350 kit pakaian dalam #projectunderwear ke Gua Musang dan Kuala Krai sebagai langkah persediaan awal menghadapi banjir. Penyerahan telah dibuat oleh wakil MBM kepada wakil Majlis Belia Jajahan (MBJ) Gua Musang dan MBJ Kuala Krai. MBM juga turut menyerahkan kit tersebut kepada YB Mohd […]

Perbincangan kajian “Pengetahuan dan Amalan Kepimpinan Tertinggi MBM menerajui Pembangunan Belia Positif (PYD)

DALAM TALIAN 28 Dis – Telah berlangsung sesi perbincangan perkembangan kajian bertajuk “Pengetahuan dan Amalan Kepimpinan Tertinggi Majlis Belia Malaysia (MBM) Menerajui Pembangunan Belia Positif (PYD) dalam Dasar Belia Malaysia 2015-2035” yang diketuai oleh Presiden MBM, Sdr. Jufitri Joha. Ini merupakan tesis yang diintegrasikan berdasarkan pengalaman MBM melaksanakan dasar belia sehingga mencapai matlamat 8C PYD […]

Translate »