MAJLIS BELIA MALAYSIA

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja MPBN Sidang 1 Penggal ke-33 Sesi 2021-2022

PUTRAJAYA 17 Jan – Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz telah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Sidang 1 Penggal ke-33 Sesi 2021-2022 yang dipengerusikan Dr. Zainah Shariff, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara. Mesyuarat juga memperhalusi agenda persidangan dan usul-usul yang diterima untuk […]

Kerjasama MBM – GBBM merangkumi aspek perpaduan, keusahawanan dan kemahiran insaniah

PAJAM 16 Jan – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Jufitri Joha telah meluangkan masa minum kopi dan bersembang bersama Presiden baharu Gerakan Belia Bersatu Malaysia (GBBM), Sdr. Wong Kam Loon. Pelbagai perkara dibincangkan bagi merapatkan kerjasama MBM – GBBM merangkumi aspek perpaduan, keusahawanan dan kemahiran insaniah. GBBM merupakan salah satu badan gabungan MBM yang […]

Seminar Keusahawanan Memperkasakan Ekonomi Belia 2022

CYBERJAYA 15 Januari – Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Fastrexs dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan telah menganjurkan Seminar Keusahawanan Memperkasakan Ekonomi Belia 2022 bertempat di Wisma Suria. Pengisian program meliputi penerangan dan padanan dana pembiayaan oleh institusi kewangan, pendaftaran perniagaan dan pengenalan produk ditawarkan. Program asas kepada ilmu perniagaan ini bertujuan membimbing belia dan […]

Kursus High Performance Team Sekretariat MBM

TAMBUN 15 Januari – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan Kursus High Performance Team Sekretariat MBM bertempat di Tambun, Perak Antara pengisian program ini ialah perancangan takwim MBM 2022, sesi penerangan berkaitan minda sihat di tempat kerja yang telah disampaikan oleh Dr. Raja Lope Adam, Pakar Psikiatri Hospital Ipoh, dan latihan dalam kumpulan mengenai Latihan […]

Translate »