MAJLIS BELIA MALAYSIA

Kunjungan hormat MBM kepada Timbalan Menteri Kewangan I

PUTRAJAYA 21 Jun – Pimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) hari ini telah mengadakan kunjungan hormat kepada Timbalan Menteri Kewangan I, YB Dato’ Mohd Shahar Abdullah bertempat di Kementerian Kewangan. Rombongan MBM diketuai Presidennya, Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid. Pertemuan bertujuan mendapatkan pandangan dan nasihat berhubung perihal pembangunan belia memandangkan golongan ini paling banyak yang […]

Perlawanan Bolasepak Persahabatan sempena Hari Pelarian Sedunia 2022

GOMBAK 20 Jun – Sempena Hari Pelarian Sedunia 2022 hari ini, satu Perlawanan Bolasepak Persahabatan telah diadakan di Stadium Saidina Hamzah, Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) Gombak. Perlawanan dianjurkan oleh UIAM, Global Peace Malaysia, ABIM dan MBM ini disertai oleh rakan-rakan belia daripada pelbagai negara seperti Palestin, Somalia, etnik Rohingya dan lain-lain. Hadir sama meraikan Presiden […]

Bengkel Latihan Fasilitator BeMind

KUALA LUMPUR 19 Jun – Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengadakan Bengkel Latihan Fasilitator BeMind selama 2 hari (18-19 Jun) di Pusat Belia Antarabangsa. Program ini melibatkan seramai 30 orang peserta terdiri daripada penggerak BeMind di seluruh negara. Bengkel latihan ini merupakan salah satu program pengukuhan sukarelawan di bawah inisiatif […]

Konvensyen Pemimpin Mahasiswa Perak 2022

TAPAH 18 Jun – “Generasi muda hari ini khususnya golongan mahasiswa berdepan tanggungjawab dan cabaran yang besar dan kompleks dalam konteks kehidupan dan ekosistem bermasyarakat, mereka tidak harus terlalu fokus kepada akademik semata-mata, malah perlu ada nilai ‘kesukarelaan’ yang memberi balik kepada masyarakat”. Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Hasnul Haniff Harun berucap di […]

Translate »