MAJLIS BELIA MALAYSIA

Mesyuarat Penyelarasan Sambutan Hari Belia Negara 2023

PORT DICKSON 3 April – Mesyuarat Penyelarasan Sambutan Hari Belia Negara 2023 Peringkat Kebangsaan telah diadakan di Restoran Citarasa Kampung Port Dickson di sini. Mesyuarat dipengerusikan oleh Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Hari dan Minggu Belia Negara MBM, Sdr. Mohd Fairos Rusli. Mesyuarat membincangkan mengenai penyelarasan, pengisian dan perjalanan program bagi […]

MBM dan KRAM agih bubur lambuk kepada kakitangan Hospital, IPD dan Penjara

KAJANG 2 April – Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Radio Amatur Ukhwah (KRAM) telah mengagihkan bubur lambuk kepada kakitangan Hospital Kajang, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang dan Kompleks Penjara Kajang. Agihan di Hospital Kajang turut disertai Pengarah Hospital, Dr. Haji Muhd Siv Azhar Merican Abdullah. Sebanyak 380 bekas bubur lambuk diagihkan […]

Kunjungan hormat MBM kepada Duta Kesatuan Eropah di Malaysia

KUALA LUMPUR 30 Mac – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan kunjungan hormat kepada Mr. Michalis Rokas, Duta Kesatuan Eropah di Malaysia bertempat di Pejabat Kedutaan Kesatuan Eropah, Menara Naza di sini. Kunjungan tersebut diketuai Sdr. Syafiq Ridzwan Jamaluddin, Penolong Ketua Penerangan MBM. Turut hadir Sdr. Mohd Izham Ahmad, Ahli Jawatankuasa Antarabangsa MBM dan Dr. […]

Kunjungan hormat MBM kepada Duta Besar Malaysia ke Kemboja

PHNOM PENH 28 Mac – Siri lawatan kerja Majlis Belia Malaysia (MBM) di Kemboja diakhiri dengan sesi kunjungan hormat kepada Duta Besar Malaysia ke Kemboja, Datuk Eldeen Husaini Mohd Hashim di Pejabat Kedutaan Malaysia di sini. Kunjungan ini merupakan sebahagian jadual MBM dalam rangka lawatan kerja di Kemboja. Delegasi MBM diketuai Presidennya, Sdr. Mohd Izzat […]

Translate »