Usaha MBM jalin hubungan baik dengan sekolah

AMPANG 24 Mac – Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Hasnul Haniff Harun hari ini telah mengadakan kunjungan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tasek Permai Ampang. Kunjungan ini sebagai sebahagian usaha MBM dalam menjalinkan hubungan baik dengan pihak sekolah. Susulan pertemuan tersebut, satu persetujuan dicapai antara MBM dan pihak sekolah untuk mengadakan program-program pembangunan […]
MBM Bantu Persiapan Sumbangan Ke Turki

Negeri Sembilan | 24 Mac – Seramai 10 orang sukarelawan yang terdiri daripada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Sekolah Menengah Tasek Permai Ampang, Selangor dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia (MBM) telah terlibat dalam membantu Misi Kemanusiaan Gempa Bumi Turki melalui gerak kerja logistik pengedaran di Ruang Gudang Defense Services Sdn Bhd, Nilai. Hadir mewakil […]
MBM Hadiri Jemputan Kedutaan China

Kuala Lumpur | 22 Mac – Majlis Belia Malaysia (MBM) dan badan gabungan telah menghadiri jemputan majlis hi-tea dan mini pameran oleh Kedutaan China di Malaysia bertempat di kedutaanya Jalan Ampang. Kehadiran tetamu disambut oleh Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujing. Hadir dalam majlis tersebut, Sdr. Izzat Afifi Abdul Hamid, Presiden MBM, Dato Syed […]
Sesi temuduga program Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun (SSEAYP)

BATU GAJAH 22 Mac – Exco Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Ibnu Rasyeed Mat Isa telah mewakili MBM sebagai salah seorang panel penilai untuk sesi temuduga Program Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun (SSEAYP) di Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah. Sesi penilaian ini diketuai oleh Dr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Pengarah Pusat Belia Antarabangsa. […]