MAJLIS BELIA MALAYSIA

Konvensyen Belia Nasional 2024 bincang hala tuju dan pelan transisi belia

KUALA LUMPUR 24 Feb – Selaras usaha kerajaan untuk memperkasa belia, MBM bersama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengambil inisiatif menganjurkan Konvensyen Belia Nasional yang julung kali diadakan bertujuan merangka halatuju bersama dan mengupaya Majlis Belia Daerah (MBD) dalam kerangka Malaysia Madani. Konvensyen yang dihadiri kepimpinan belia dan wakil-wakil daripada Majlis Belia Daerah seluruh negara […]

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja kali ke-6 sesi 2022-2024

KUALA LUMPUR 23 Feb – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja kali ke-6 sesi 2022-2024 bertempat di Vivatel Kuala Lumpur di sini. Mesyuarat dipengerusikan oleh Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, Presiden MBM. Mesyuarat kali ini memberi fokus kepada Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT) kali ke-72 dan Konvensyen Belia Nasional 2024 […]

MBM Hadiri Sesi Libat Urus Bersama KPWKM

Kuala Lumpur | 22 Februari – YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah hadir dalam sesi libat urus bersama rakan strategik wanita dan masyarakat bertempat di Hotel Royale Chulan. Majlis Belia Malaysia (MBM) diwakili oleh Exco, Sdri. Asya Rahman telah hadir dalam sesi libat urus tersebut. Sesi libat urus […]

Temu ramah video dokumentari Jubli Intan MBM bersama Presiden MBM ke-21

KUALA LUMPUR 21 Feb – Team produksi video dokumentari Jubli Intan Majlis Belia Malaysia (MBM) berkesempatan menemuramah Sdr. Mua’amar Ghadafi Datuk Jamaluddin, Mantan Presiden MBM yang berlangsung di Hotel Sunway di sini. Beliau berkongsi pengalaman ketika memimpin MBM selama dua penggal dari tahun 2014-2016, 2016-2018. Era kepimpinan beliau dilihat agresif dengan hala tuju dan pelbagai […]

Translate »