Turun had umur kelayakan Senator antara usul MPBN

KUALA LUMPUR: Tuntutan supaya kerajaan meneliti keperluan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi menurunkan umur kelayakan Senator dari 30 kepada 25 tahun, antara usul dikemukakan semasa persidangan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) yang berlangsung hari ini. Dua usul lain adalah untuk kerajaan memperkenalkan had penggal berturut-turut Ahli Parlimen bagi memperkukuh pembaharuan politik, akauntabiliti dan peremajaan kepemimpinan […]
Usul turun umur kelayakan senator ke 25 tahun akan dibawa ke Jemaah Menteri

KUALA LUMPUR: Usul menurunkan umur kelayakan senator kepada 25 tahun antara perkara yang akan dibawa ke Jemaah Menteri dalam masa terdekat, menurut Menteri Belia dan Sukan Taufiq Johari. Taufiq memberitahu pemberita bahawa usul itu antara perkara yang dibangkitkan pada sidang Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN), di Pusat Belia Antarabangsa, Cheras, hari ini. “Terdapat tiga usul […]
Penggubalan perundangan baharu ganti AUKU perlu terbuka

PETALING JAYA: Penggubalan undang-undang baharu bagi menggantikan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) perlu dilaksanakan secara terbuka dan melibatkan keseluruhan peringkat universiti termasuk golongan mahasiswa. Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Ahmad Farhan Rosli berkata, reformasi pendidikan tinggi perlu menilai semula kerangka tadbir urus universiti, autonomi institusi, kebebasan akademik serta hak dan peranan mahasiswa. […]
Pastikan akta baharu bukan AUKU dalam wajah berbeza – MBM

KUALA LUMPUR – Pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) tidak boleh sekadar menggantikan sebuah akta dengan undang-undang baharu yang masih mewarisi pendekatan dan semangat lama. Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Ahmad Farhan Rosli berkata, reformasi itu mesti menilai semula kerangka tadbir urus universiti, autonomi institusi, kebebasan akademik serta hak dan peranan mahasiswa. […]