MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM sambut baik inisiatif kerajaan melalui Belanjawan 2025

PEMBENTANGAN Belanjawan 2025 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada Jumaat, disambut baik oleh rakyat terutama daripada golongan belia yang menjadi antara tunjang kepada masa depan negara. Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid berkata, mewakili suara belia, MBM menyambut baik inisiatif kerajaan melalui Belanjawan 2025 bertemakan “Membugar Ekonomi, Menjana Perubahan, […]

MBM sambut baik langkah naikkan gaji minimum RM1,700

MAJLIS Belia Malaysia (MBM) menyambut baik pengumuman Belanjawan 2025 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terutama berhubung kenaikan gaji minimum kepada RM1,700. Presiden MBM, Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid berkata, kenaikan gaji minimum yang menjadi salah satu teras penting dalam Belanjawan kali ini, akan memberi impak besar kepada lebih sejuta pekerja muda di Malaysia. […]

Gaji minimum RM1,700 beri impak besar sejuta pekerja muda, kata belia

PETALING JAYA: Pengumuman gaji minimum RM1,700 bermula Februari depan menerusi Belanjawan 2025 mampu memberi impak besar kepada lebih sejuta pekerja muda, kata Majlis Belia Malaysia (MBM). Presiden Izzat Afifi Abdul Hamid berkata, pengumuman itu selaras komitmen kerajaan meningkatkan kesejahteraan rakyat melalui pertumbuhan ekonomi lebih inklusif dan mampan. Golongan belia, khususnya akan mendapat manfaat besar daripada inisiatif […]

Belanjawan 2025: MBM harap dana tabung kemahiran ditambah

MAJLIS Belia Malaysia (MBM) memberi harapan kepada kerajaan agar menambah peruntukan untuk Tabung Pembangunan Kemahiran dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim 18 Oktober ini. Presiden MBM, Mohd Izzat Afifi Abd Hamid berkata, walaupun kerajaan sudah menyediakan peruntukan sebanyak RM180 juta bagi tabung tersebut pada 2023 dan 2024, namun […]

Translate »