Tanggung risiko sendiri jika sertai perhimpunan haram
PASIR PUTEH 30 Jun — Sejumlah 3.2 juta belia yang menganggotai Majlis Belia Malaysia (MBM) akan menanggung risiko sendiri jika menyertai perhimpunan haram pada 9 Julai ini. Presidennya, Mohamed Maliki Mohamed Rapiee berkata, MBM tidak bertanggung jawab terhadap sebarang risiko yang mungkin berlaku pada hari berkenaan. “Kita berharap mereka tidak menyertai himpunan anjuran parti pembangkang […]
Sejuta tandatangan belia dikumpul bantah perhimpunan haram

KUALA LUMPUR 22 Jun – Majlis Belia Malaysia (MBM) bercadang mengumpul sejuta tandatangan daripada kalangan belia bagi membantah rancangan mengadakan perhimpunan haram oleh kumpulan pengacau di ibu negara, Sabah dan Sarawak pada 9 Julai ini. Presidennya Mohamed Maliki Mohamed Rapiee berkata, tandatangan itu akan dikemukakan kepada pihak penganjur perhimpunan terbabit bagi membuktikan perhimpunan itu […]
Parlimen Belia bermula penghujung 2012
KUALA LUMPUR 14 Jun – Parlimen Belia yang dicadangkan Kementerian Belia dan Sukan dijangka mula bersidang pada penghujung tahun depan atau selewat-lewatnya pada awal 2013. Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, ini berikutan penubuhannya perlu mendapatkan kelulusan beberapa pihak termasuk Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pembangunan Belia. ”Kita juga perlu melakukan semakan kepada […]
Pelan tindakan pilih model Parlimen Belia akan dibentang
KUALA LUMPUR 13 Jun – Kementerian Belia dan Sukan akan membentangkan satu pelan tindakan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia bagi mengenal pasti model sesuai untuk digunakan dalam pelaksanaan Parlimen Belia. Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, taklimat yang akan disampaikan oleh beliau esok akan merujuk kepada […]