Tanjung Puteri 14 Feb 2015: Presiden MBM hadir dan menyampaikan ucapan di hadapan 40 orang pimpinan belia negeri dan daerah negeri Johor di sini hari ini sempena Bengkel Sasaran Kerja Tahunan 2015
Ini adalah dalam rangka program Menggerak Idelisme Malaysia iaitu siri ziarah, perkongsian dan pemantapan hala tuju pergerakan belia di semua peringkat terutamanya badan gabungan MBM.
Beliau menyatakan betapa pentingnya setiap organisasi belia memahami fungsi dan peranan mereka dalam pembangunan belia di negara. Ia penting dalam usaha merelevensikan MBM dan badan gabungan keseluruhannya dalam menyantuni golongan belia.
Fungsi media baru yang lebih dekat dan pantas dalam mendekati golongan ini perlu diterokai oleh organisasi belia. Untuk maksud itu, MBM akan terus membangun dan mengembangkan MIB Apps sebagai medium tersebut.
Menyedari hakikat itu, beliau menyatakan bahawa keutamaan juga perlu diberikan pada ruang itu selain fokus utama dalam latihan dan kepimpinan, pemantapan pengurusan organisasi dan advokasi memperjuangkan suara belia.
MBM In Business (MiB) turut dibentangkan oleh Setiausaha Agung sebagai memperincikan dan berkongsi hala tuju pergerakan belia agar sentiasa relevan. Ia sebagai panduan asas bagi badan gabungan merencanakan plan bertindak di peringkat masing-masing.
Sdr Manndzri Nasib Presiden Majlis Belia Johor ketika ditemui menyambut baik plan perancangan tersebut terutama dalam usaha penggunaan media baru bagi menyantuni golongan muda.
Sdra Rizan Hasan (Ketua Penerangan) dan Sdra Mohd Nor (exco ) turut hadir sama di dalam program ini.