MAJLIS BELIA MALAYSIA

Beri peluang pelatih PLKN untuk sertai belia

Thursday, 18 March 2010

Active Image
Kuala Lumpur, 18 Mac 2010 – Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) merupakan salah satu program yang berjaya dalam mendidik serta melatih remaja lepasan SPM dalam menyiapkan diri dengan prinsip kenegaraan. Namun, ada segelintir bekas pelatih yang tamat latihan PLKN masih lagi mencari arah dalam menempatkan diri mereka ke dalam masyarakat. Melihat akan perkara tersebut, MBM mengambil inisiatif untuk mengadakan pertemuan dengan Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) bagi membincangkan beberapa program bersama. Delegasi MBM  seramai 8 orang ini diketuai sendiri oleh Presiden MBM, Sdr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee  telah mengadakan kunjung hormat ke pejabat Ketua Pengarah JLKN, Y.Bhg Dato’ Hj. Abdul Hadi Bin Awang Kechil yang turut bersama dengan beberapa orang pegawai kanannya. Pertemuan selama lebih dua jam ini turut membincangkan beberapa isu antaranya isu persatuan alumni PLKN.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »