MAJLIS BELIA MALAYSIA

Belia usah amal budaya cincai

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa golongan belia supaya tidak mengamalkan budaya ‘cincai’ atau ‘biasa-biasa’ dalam setiap perkara yang dilakukan.

Beliau berkata, perkataan cincai tidak ada dalam kamus kejayaan pada era persaingan global yang semakin kompetitif ketika ini.

“Jika kita mengambil sikap acuh tak acuh atau cincai dalam amalan seharian, maka kita akan ketinggalan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan pelancaran Hari Belia Negara 2011 di Jalan Bukit Bintang di sini malam tadi.

Turut hadir Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek; timbalannya, Datuk Razali Ibrahim serta Gan Ping Sieu; Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Mohid Mohamed dan Presiden Majlis Belia Malaysia, Mohamed Maliki Mohd. Rapiee.

Kira-kira 10,000 orang menghadiri pelancaran tersebut yang bertemakan ‘Pemangkin Transformasi’.

Muhyiddin yang harijadinya jatuh pada 15 Mei berkata, kerajaan dan belia sentiasa mendekatkan diri antara satu sama lain kerana ia mampu mencambahkan idea-idea baharu yang boleh dimanfaatkan untuk kebaikan negara

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »