MAJLIS BELIA MALAYSIA

Belia India pembawa perubahan

Bestari Jaya, 11 November 2011 – Kaum India merupakan bangsa yang ketiga terbesar di negara ini. Walaupun negara kini sedang  mengalami pembangunan ekonomi yang pesat, kaum India masih lagi mengamalkan adat resam budaya yang diwarisi sejak turun temurun yang tidak lapuk ditelan zaman dan kini ianya telah diwarisi oleh golongan belia yang menjadi pembawa perubahan seiring dengan pembangunan negara. Belia India bukan sahaja menjadi agen perubahan kepada kaum mereka sahaja, malah ianya turut menyumbang bakti kepada pelbagai kaum di negara ini. Oleh itu, MBM tidak pernah meminggirkan belia India di dalam pelbagai program yang dianjurkan samada di peringkat negara mahupun antarabangsa. Presiden MBM, Sdr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee melahirkan rasa gembira dan bangga dengan penglibatan belia India dalam arus pembangunan negara khususnya dalam pembangunan belia. Beliau menyatakannya ketika bersama lebih 800 orang kaum India serta kaum Melayu dan Cina di Majlis Jamuan Deepavali MBM 2011 yang telah diadakan di Dewan Orang Ramai Bestari Jaya, Bestari Jaya Kuala Selangor bermula jam 8.00 malam dan berakhir 10.30 malam anjuran bersama MBM, Majlis Belia Hindu Daerah Kuala Selangor dan Majlis Kelab Bell Belia Tamil Daerah Kuala Selangor. Pelbagai acara diadakan antaranya majlis sumbangan kepada golongan warga emas serta beberapa persembahan kebudayaan kaum India. Juadah Deepavali turut disediakan seperti nasi beriani, cendol, kuih muih serta buah buahan tempatan.

Gambar program boleh dilawati di sini

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »