31 Dis 2014, Kuala Lumpur – Majlis Belia Negeri Johor (MBNJ) akan menggerakkan misi kemanusiaan ke negeri Pantai Timur iaitu Kelantan dan Pahang untuk membantu mangsa-mangsa banjir. Sebelum ini, MBNJ telah pun menggerakkan program bantuan baru-baru ini.
Menurut Presidennya, Manndzri Hj. Nasib, program terbaharu ini merupakan misi kali kedua selepas program kali pertama dilancarkan berjalan dengan jayanya.
Kali ini, MBNJ akan bergandingan dengan MedicVote Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menghantar barangan makanan dan ubat-ubatan ke dua buah negeri itu. Pusat pengumpulan barangan telah dibuat di Johor iaitu di Felda Sungai Sayong.
Sumber: Feldavoice