MAJLIS BELIA MALAYSIA

Penjana kurangkan keresahan, kebimbangan belia: MBM

SHAH ALAM – Majlis Belia Malaysia (MBM) menganggap Pelan Jana Semula Ekonomi negara (Penjana) mengurangkan keresahan dan kebimbangan belia khususnya yang berisiko hilang pekerjaan, graduan baharu dan usahawan muda yang menceburi industri kecil dan sederhana (IKS). Presidennya, Jufitri Joha berkata, inisiatif baharuu dijangka dapat menangani kadar pengangguran 6.9 peratus belia berusia 15 hingga 30 tahun. […]

SESI SUMBANG IDEA DAN GERAK KERJA SEMPENA PAKEJ PEMULIHAN EKONOMI

PUTRAJAYA 3 Jun – Jawatankuasa Tindakan Ekonomi Majlis Belia Malaysia (JAKTEM) telah mengadakan sesi sumbang idea dan gerak kerja bersama Pegawai Tugas-Tugas Khas Menteri Belia dan Sukan, Encik Saiful Azhar Shaharun bagi menangani isu ekonomi belia dan menyumbang input sempena pakej pemulihan ekonomi yang bakal diumum Kerajaan sedikit masa lagi.

MESYUARAT BULANAN CAYWA

KUALA LUMPUR 3 Jun – Mesyuarat bulanan Commonwealth Alliance of Youth Work Associations – CAYWA turut dihadiri Sdr. Jufitri Joha, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) selaku Ahli Lembaga CAYWA membincangkan cadangan pelaksanaan ‘Digital Youth Work’ dan cabarannya. Cadangan tersebut akan dibentangkan kepada Commonwealth Secretariat.

COVID-19: Sedia insentif latih semula pekerja diberhentikan

KUALA LUMPURr: Golongan belia di negara ini berharap kerajaan dapat menyelesaikan isu pengangguran yang dikhuatiri semakin serius susulan krisis COVID-19. Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Jufitri Joha, berkata apa yang diharapkan belia kini adalah peluang pekerjaan meluas untuk mereka melalui pelan pemulihan ekonomi pasca COVID-19 nanti. Beliau berkata, inisiatif rangsangan ekonomi adalah perkara paling kritikal […]

Translate »