PERTEMUAN SETIAUSAHA AGUNG MBM BERSAMA TIMBALAN PENGARAH IYC

KUALA LUMPUR 7 Julai – Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Hasnul Haniff Harun telah mengadakan pertemuan bersama Timbalan Pengarah Yayasan Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Encik Pathma Seelan A/L Subramaniam. Antara perkara yang dibincangkan adalah mengenai pertanian secara moden yang lebih mudah untuk dilaksanakan khususnya dikawasan bandar dan menyediakan youth cabin tempat bagi golongan […]
DIALOG ISU-ISU BELIA BANDAR

KUALA LUMPUR 7 Julai – Pimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan dialog berkenaan isu-isu belia bandar dan kaedah menanganinya bersama pimpinan Majlis Belia Wilayah Persekutuan (MBWP) dan pimpinan Majlis-Majlis Belia Kawasan. Perbincangan terfokus kepada isu kemiskinan bandar, cabaran ekonomi pasca Covid-19, gejala sosial dan pemerkasan peranan belia dalam menjadi pemudahcara isu-isu belia. Hadir sama Presiden MBM, […]
MBM DAN MYFUNDACTION AGIH 100 KOTAK ‘SINAR KASIH’ KEPADA GOLONGAN MEMERLUKAN DI NEGERI SEMBILAN

SEREMBAN 6 Julai – Majlis Belia Malaysia (MBM) melalui Relawan MBM, MyFundAction dan Majlis Belia Negeri Sembilan telah mengadakan simbolik penyerahan sumbangan berupa 100 kotak Sinar Kasih kepada kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun di kediaman beliau di sini. Kotak bantuan Sinar Kasih ini mengandungi barang-barang keperluan asas seperti beras, minyak […]
SESI BUAL SANTAI PRESIDEN MBM BERSAMA PIMPINAN MBD SEREMBAN

SEREMBAN 6 Julai – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Jufitri Joha telah mengadakan sesi bual santai bersama pimpinan Majlis Belia Daerah (MBD) Seremban membincangkan perkembangan dan cabaran semasa MBD.