MAJLIS BELIA MALAYSIA

Bengkel Pemantapan Pelaksanaan dan Penilaian APBN Peringkat Negeri Terengganu 2021

Kuala Terengganu |20 Mac – Ketua Penerangan Majlis Belia Malaysia (MBM) Sdr. Wan Mohd Husni Abdullah telah menghadiri Bengkel Pemantapan Pelaksanaan dan Penilaian Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Terengganu 2021 bertempat di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail. Program ini bertujuan mendapatkan input bagi penambahbaikan perjalanan anugerah dari proses pemilihan dan pelaksanaan. Program turut disertai […]

MBM menjunjung kasih DYMM Paduka Seri Sultan Perak atas pelantikan belia dalam Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Perak

Majlis Belia Malaysia (MBM) ingin merakamkan ucapan menjunjung kasih DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah atas perkenan melantik dua wakil belia dalam Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Perak (MAIPk). Ianya jelas menggambarkan iltizam dan keprihatinan DYMM Paduka Seri Sultan untuk mengangkat suara dan […]

Mesyuarat Kepimpinan MBM

Dalam Talian | 19 Mac – Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja Majlis Belia Malaysia (MBM) kali ke-9 sesi 2018-2020 dipengerusikan oleh Presiden MBM, Sdr. Jufitri Joha. Mesyuarat secara dalam talian ini membincangkan pelbagai agenda dan program pembangunan belia serta hala tuju MBM akan datang. Mesyuarat bermula jam 8.00 malam dan berakhir 12.30 malam.

Pemerkasa: Memangkin Taraf Ekonomi Belia Pasca PKP

Majlis Belia Malaysia (MBM) menyambut baik Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 17 Mac 2021.  Program yang bernilai RM20 bilion ini meyenaraikan sebanyak 20 inisiatif utama termasuklah Program Imunisasi COVID-19, Geran Khas Prihatin 3.0, Kemudahan Mikro Kredit dan banyak lagi. Menarik perhatian MBM adalah […]

Translate »