Bicara Generasi Siri ke-7 bersama Mantan Penolong Setiausaha Agung MBM, Hasnul Fairuz Hushin Amri

KUALA LUMPUR 31 Julai – Majlis Belia Malaysia (MBM) melalui Biro Penerbitan, Penerangan dan Media telah mengadakan siri webinar ‘Bicara Generasi’ sempena Ulang tahun MBM ke-73 yang disiar langsung menerusi akaun Facebook MBM. Slot siri ketujuh telah diisi oleh Sdr. Hasnul Fairuz Hushin Amri, Mantan Penolong Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia. Moderator bagi program ini […]
Penyelarasan Gerak Kerja Relawan Untuk Malaysia (RuM)

KUALA LUMPUR 31 Julai – Mesyuarat Penyelarasan Gerak Kerja Relawan Untuk Malaysia (RuM) bagi terus membantu rakyat Malaysia telah diadakan secara maya. Turut sama Ketua Sukarelawan Yayasan KRU, Sdr. Haris dan wakil Bekreatif MY (Persatuan Belia Industri Kreatif). Kerjasama Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan Yayasan KRU untuk menghakupayakan belia B40 dalam latihan dan keusahawanan ekonomi […]
‘Daku YB Covid’ perkongsian pengalaman Pengerusi Tetap MBM sebagai Covid fighther

Pengerusi Tetap Majlis Belia Malaysia (MBM) yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas YB Mohd Syahbuddin Hashim pernah menjadi pesakit Covid-19 pada awal tahun ini. Turut sama dijangkiti wabak tersebut ialah isteri beliau. Atas inisiatif dan ingin berkongsi pengalaman, beliau menulis buku ‘Daku YB Covid’ bertujuan memberi iktibar dan kesedaran kepada masyarakat bahawa Covid-19 […]
MBM kesal pembatalan Ordinan Darurat dibuat tanpa perkenan KDYMM Yang Di-Pertuan Agong

Majlis Belia Malaysia (MBM) ingin menunjukkan rasa kesal dan dukacita atas tindakan Kerajaan melalui kenyataan YB Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri pada 26 Julai 2021 yang dibuat di Parlimen yang mana telah membatalkan semua Ordinan Darurat yang telah dimasyhurkan oleh KDYMM Yang di-Pertuan Agong sebelum dibahaskan oleh Parlimen dan diperkenankan oleh […]