MAJLIS BELIA MALAYSIA

Misi Bantuan Banjir di Gemencheh dan Gemas

TAMPIN 7 Januari – Presiden dan Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menyertai Misi Bantuan Banjir di daerah Gemencheh dan Gemas. Pelbagai bantuan barangan keperluan mangsa banjir diserahkan kepada mangsa banjir melalui penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Gemas dan wakil Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Gemas serta melalui YB Mohamad Taufek Abd Ghani, Exco […]

Misi Bantuan Banjir MBM, MBD Tampin, MBD Rembau, Soloz, Warpath, MAYC Perak, 4B Tampin dan ESDK bantu mangsa banjir Gemencheh

GEMENCHEH 7 Januari – Delegasi Misi Bantuan Banjir Majlis Belia Malaysia (MBM), Majlis Belia Daerah Tampin, Majlis Belia Daerah Rembau, Soloz, Warpath, Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia Negeri Perak (MAYC PERAK), Gerakan Belia 4B Tampin dan Kelab Sukan Elektronik Darul Khusus (ESDK) turun padang bagi membantu mangsa-mangsa banjir di daerah sekitar Gemencheh. Rombongan sukarelawan ini disantuni […]

MBM serah bantuan banjir #ProjectUnderWare untuk mangsa banjir Segamat

SEGAMAT 7 Jan – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Jufitri Joha telah membuat penyerahan bantuan banjir #ProjectUnderWare yang meliputi pakaian dalam untuk wanita, remaja lelaki dan perempuan untuk diagihkan kepada mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sekitar Segamat. Bantuan diserahkan kepada Sdr. Faiz Pengerusi Majlis Belia Daerah Segamat di Hub Belia Segamat. MBD […]

Amanat dan motivasi kepada belia Sabah yang akan sertai pengambilan pekerja HST Resources

KOTA BELUD 7 Jan – Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Azuwan Marjan bersama kepimpinan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) serta warga penduduk kampung Kg Siasai Tamu telah mengadakan sesi penyampaian amanat dan motivasi kepada para belia yang akan menyertai Program Pengambilan Pekerja menerusi inisiatif HST Resources Sdn Bhd dengan kerjasama MBM. Pada […]

Translate »