MAJLIS BELIA MALAYSIA

Amanat dan motivasi kepada belia Sabah yang akan sertai pengambilan pekerja HST Resources

KOTA BELUD 7 Jan – Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Azuwan Marjan bersama kepimpinan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) serta warga penduduk kampung Kg Siasai Tamu telah mengadakan sesi penyampaian amanat dan motivasi kepada para belia yang akan menyertai Program Pengambilan Pekerja menerusi inisiatif HST Resources Sdn Bhd dengan kerjasama MBM. Pada […]

MBM syor tubuh jawatankuasa siasatan bebas berhubung isu Ketua Pesuruhjaya SPRM

KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) — Majlis Belia Malaysia (MBM) mengesyorkan penubuhan segera satu jawatankuasa siasatan bebas untuk menjalankan siasatan terhadap isu pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki. Presidennya Jufitri Joha dalam satu kenyataan hari ini berkata jawatankuasa tersebut bagi menangani persepsi awam yang tidak terkawal terhadap integriti dan imej […]

MBM gerakkan agenda belia dan alam sekitar

KUALA LUMPUR 5 Januari – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Jufitri Joha telah mengadakan perbincangan dengan tokoh aktivis muda alam sekitar Sdr. Mogesh Sababathy untuk menggerakkan agenda belia dan alam sekitar. Beliau telah berkolaborasi bersama MBM semenjak projek Ocean Hope 2019. Beliau juga terdedah dengan pelbagai isu alam sekitar termasuk di pentas global dan […]

#ProjectUnderwear MBM hantar 478 kit pakaian dalam untuk mangsa banjir Mawai dan Pengerang

KOTA TINGGI 3 Januari – Majlis Belia Malaysia (MBM) melalui #projectunderwear telah menghantar sebanyak 478 kit pakaian dalam (40 set remaja lelaki, 50 set remaja perempuan 59 set kanak-kanak, 200 set perempuan dan 129 set lelaki) ke Kota Tinggi, Johor. Sumbangan ini adalah untuk mangsa-mangsa banjir melibatkan daerah Mawai dan Pengerang yang ditempatkan di Pusat […]

Translate »