Ramah mesra Presiden MBM bersama kepimpinan MBN Kedah

SUNGAI PETANI 26 Nov – Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghadiri majlis ramah mesra bersama kepimpinan Majlis Belia Negeri Kedah yang diketuai oleh Presidennya, Sdr. Amir Murshidi Dato’ Samsuddin. Turut sama dalam majlis ini, Sdr. Abu Kadir Mubarak Ali, Penolong Setiausaha Agung MBM dan Sdr. Amir Syarifuddin Abd […]
Perbincangan MBM-Proton berhubung penempatan tenaga kerja belia berkemahiran

TANJONG MALIM 25 Nov – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan pertemuan bersama Bahagian Sumber Manusia, Proton Sdn Bhd bagi membincangkan mengenai peluang kerjaya dan penempatan tenaga kerja belia mahir dan graduan di bawah inisiatif Graduates in Factory (GiF) yang dilaksanakan oleh MBM dan Belia Mahir. Pertemuan telah dihadiri oleh Sdr. Mohd Zaidi Aziz, Ahli […]
Sidang media MBM isu gejolak perkauman ekoran kemelut pemilihan kepimpinan negara pasca PRU15

KUALA LUMPUR 24 Nov – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan sidang media berhubung isu gejolak perkauman yang timbul baru-baru ini khususnya di media sosial ekoran kemelut pemilihan kepimpinan negara pasca PRU15. Sebagai badan induk belia yang dianggotai pelbagai latar belakang kaum dan agama, MBM merasa terpanggil menyatakan pendirian memandangkan insiden ini mengugat kestabilan dan […]
MBM seru ke arah perpaduan, kestabilan dan keharmonian, ucap tahniah pelantikan YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai PM10

Majlis Belia Malaysia (MBM) bersama badan-badan gabungannya menjunjung kasih kehadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu atas kebijaksanaan Baginda merungkai kemelut siasah negara sejak Pilihan Raya Umum ke-15 […]