Town Hall YB Menteri Belia dan Sukan – MBM platform kongsi aspirasi belia Malaysia

PUTRAJAYA 17 Jan – YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan telah mengadakan sesi “town hall” bersama Dewan Tertinggi Majlis Belia Malaysia (MBM) bertempat di Dewan Podium Menara KBS di sini. Turut sama dalam sesi ini YB Adam Adli Abdul Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan serta barisan pengurusan tertinggi Kementerian Belia dan Sukan (KBS). […]
MBM terima penghargaan rakan strategik Klik Dengan Bijak SKMM

CYBERJAYA 17 Jan – Sempena Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-10 inisiatif ‘Klik Dengan Bijak’ (KDB), Majlis Belia Malaysia (MBM) telah diundang menerima plak penghargaan sebagai rakan strategik KDB anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang berlangsung di Menara SKMM. MBM diwakili oleh Ketua Penerangannya, Sdr. Fazril Mohd Saleh selain 11 institusi pendidikan awam, agensi […]
Makan Malam Tahun Baru Cina Kedutaan Besar Republik Rakyat China

KUALA LUMPUR 16 Jan – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid telah memenuhi undangan Majlis Makan Malam Sambutan Tahun Baru Cina anjuran Kedutaan Besar Republik Rakyat China bertempat di Hotel The St. Regis. Majlis yang meriah ini dihadiri oleh Duta Besar Republik Rakyat China ke Malaysia, TYT Ouyang Yujing dan […]
1,856 belia berkemahiran peroleh manfaat Program Intervensi Pra Pekerjaan Untuk Penerima Faedah Peneraju Skil

DALAM TALIAN 15 Jan – Program Intervensi Pra Pekerjaan Untuk Penerima Faedah Peneraju Skil di bawah inisiatif Prokens telah berakhir dengan jayanya pada 15 Januari lalu setelah melalui pelaksanaan sebanyak 22 siri secara dalam talian dan satu siri fizikal di Sg Petani, Kedah. Bermula Oktober 2022, program ini mengumpulkan seramai 1,856 orang peserta di kalangan […]