MAJLIS BELIA MALAYSIA

Persatuan sukan, belia sokong Kod Sukan Selamat – MBM

PETALING JAYA: Semua persatuan sukan dan belia perlu menyokong usaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memperkenal Kod Sukan Selamat yang menjadi panduan dan rujukan mengenai skop sukan selamat serta tanggungjawab komuniti secara menyeluruh. Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Hasnul Haniff Harun berkata, majlis itu dan  41 buah badan gabungan telah bersama KBS dalam menyokong […]

MBM sambut baik Kod Sukan Selamat bendung budaya tak sihat

KUALA LUMPUR – Majlis Belia Malaysia (MBM) memuji usaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang memperkenalkan Kod Sukan Selamat yang bertujuan melindungi para atlet sukan di negara ini. Setiausaha Agung MBM, Hasnul Haniff Harun berkata,  Kod Sukan Selamat membantu membendung budaya tidak sihat terutama dalam aspek keselamatan gangguan seksual, buli dan keganasan semasa menjalankan program […]

MBM terima kunjungan daripada SKUAD Antidadah Kebangsaan

SERDANG 6 April – Majlis Belia Malaysia (MBM) hari ini telah menerima kunjungan daripada Majlis Tertinggi SKUAD Antidadah Kebangsaan bertempat di Youth Arena, IPSAS-Institute for Social Science Studies, UPM, Serdang. Delegasi Skuad AntiDadah Kebangsaan diketuai Presidennya, Encik Mohamad Afiq Mohd Hanipha dan disambut Presiden MBM, Sdr. Mohd Izzat Afifi Hj Abd Hamid. Pertemuan ini bagi […]

Majlis Berbuka Puasa YAB Perdana Menteri bersama golongan belia

PUTRAJAYA 5 April – Kepimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) dan badan gabungannya telah menghadiri Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersama golongan belia, komuniti sukan dan mahasiswa di Kompleks Seri Perdana. Majlis ini dihoskan secara bersama oleh KBSMalaysia dan Kementerian Pendidikan Tinggi. Tetamu yang hadir berkesempatan menunaikan solat fardu dan terawih […]

Translate »