Cadangan Projek Pertanian Tanaman Jagung dan Rock Melon

SHAH ALAM 31 Jan – Satu sesi perbentangan telah diadakan oleh Sdr. Sean Lin Si Kai, wakil daripada Junior Chamber International (JCI) bersama kumpulan beliau Sdr. Brandon dan Sdr. Jason kepada Pengarah, Jabatan Pengurusan Aset, dan Pembangunan Perniagaan, YBhg. Encik Abu Naaim Munir di Bilik Mesyuarat, Bangunan Berlian, Kampus Universiti Selangor (UNISEL), Shah Alam. Hadir […]
Sesi perbincangan Sekolah Pengurusan Organisasi

KUALA LUMPUR 31 Jan – Bagi memperkasakan struktur dan pentadbiran persatuan belia selaras Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Pindaan) 2019 [Akta A1602], satu sesi perbincangan Sekolah Pengurusan Organisasi (SPO) telah diadakan di Wisma MBM, Cheras. Ini adalah lanjutan daripada perancangan program yang lebih tersusun dan strategik tahun ini oleh Kementerian Belia dan Sukan […]
Mesyuarat Penambahbaikan Pelan Transisi Belia 2024-2025

PUTRAJAYA 29 Jan – Selaras pewartaan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Pindaan) 2019 [Akta A1602] satu Mesyuarat Penambahbaikan Pelan Transisi Belia 2024-2025 KBSMalaysia telah diadakan di Menara KBS di sini. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Encik Hasnata Hasan, Pendaftar Pertubuhan Belia ini bertujuan membincangkan gerak kerja dan cadangan penambahbaikan ke arah merealisasikan pelan tersebut. […]
Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-13 Majlis Belia FELDA Malaysia

BANGI 28 Jan – Telah berlangsung Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) kali ke-13 Majlis Belia FELDA Malaysia (MBFM) hari ini bertempat di Hotel Tenera, Bangi. Perasmian disempurnakan oleh YB Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Menteri Perladangan dan Komoditi. Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid turut hadir dan meraikan para […]