Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT) Majlis Belia Malaysia (MBM) Kali Ke-69

Dalam Talian | 25 September – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan MPAT kali ke-69 secara dalam talian untuk kali pertamanya. Mesyuarat telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Ahmad Faizal Bin Dato’ Azumu, Menteri Belia dan Sukan. Mesyuarat telah disertai oleh Sdr. Jufitri Joha, Presiden MBM dan dipengerusikan oleh YB Mohd Syahbuddin Hashim, Pengerusi Tetap […]
KP Talk Show Siri 2

Dalam Talian | 22 September – Jawatankuasa Penerangan dan Penerbitan Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menganjurkan satu program dalam talian yang dinamakan sebagai KP Talk Show #Cakaplah#Janganjobo. Program ini adalah salah satu usaha MBM dalam menyediakan ruang untuk pemimpin belia menyampaikan maklumat yang berfakta berdasarkan pengalaman. Tetamu bagi siri kedua KP Talk Show adalah Sdr. […]
Program Latihan Kemahiran Kebolehpasaran Kerja PROKENS Majlis Belia Malaysia (MBM) Siri Keenam 2021

Dalam Talian | 17 – 19 September – Program Latihan Kemahiran Kebolehpasaran Kerja PROKENS MBM telah berjaya dilaksanakan bagi siri keenam dalam talian menggunakan aplikasi Zoom. Program telah dikendalikan oleh Jawatankuasa Khas Latihan dan Kepimpinan MBM. Program telah dibiayai oleh Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera. Antara perkara yang diterapkan dalam program tersebut adalah mengenai kemahiran di […]
Program National Youth and Sports Symposium 2021

Dalam Talian | 18 September – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah bekerjasama dengan Kelab Taekwondo Universiti Sains Malaysia (USM), Kampus Kesihatan yang merupakan penganjur utama, menganjurkan Program National Youth and Sports Symposium 2021. Antara panel juri jemputan adalah Pn Faridah Jaafar bekas Pengarah Eko-Sistem FINAS, En Farhan Hamizu – Program Executive MaGIC, Pn Li Neo […]