MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM Terima Kunjungan Majlis Belia Labuan

Kuala Lumpur | 26 Februari – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menerima kujungan daripada Majlis Belia Labuan (MBL) bertempat di Wisma MBM. Kunjungan tersebut disambut oleh Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, Presiden dan Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung. Hadir mengetuai kunjungan tersebut, Sdri. Nazirah Roslan, Presiden MBL dan turut disertai oleh barisan kepimpinanya.

MBM Hadiri Sesi Libat Urus Bersama KPWKM

Kuala Lumpur | 22 Februari – YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah hadir dalam sesi libat urus bersama rakan strategik wanita dan masyarakat bertempat di Hotel Royale Chulan. Majlis Belia Malaysia (MBM) diwakili oleh Exco, Sdri. Asya Rahman telah hadir dalam sesi libat urus tersebut. Sesi libat urus […]

Mesyuarat Penyelarasan Kembara Jumpa Orang Muda

Dalam Talian | 8 Februari – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menyertai Mesyuarat Penyelarasan Kembara Jumpa Orang Muda (Kembara JOM) yang telah dipengerusikan oleh Encik Hasnata bin Hasan, Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Turut serta dalam mesyuarat tersebut, wakil -wakil pimpinan Majlis Belia Negeri dan badan gabungan MBM. Kembara JOM merupakan […]

Pertemuan MBM Bersama YB Timbalan Menteri

Putrajaya | 23 Januari – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan pertemuan berkala bersama YB Adam Adli , Timbalan Menteri Belia dan Sukan bagi membentangkan perancangan mengenai pergerakan belia untuk tahun 2024. Dalam pertemuan tersebut, beliau turut berkongsi hasrat dan hala tuju Kementerian Belia & Sukan bagi tahun 2024 untuk diselarikan bersama pergerakan belia. Hadir […]

Translate »