MAJLIS BELIA MALAYSIA

Konvoi Jelajah Malaysia Pray For Gaza bermula

PUTRAJAYA 17 Dis. – Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan menganjurkan konvoi pacuan empat roda Jelajah Malaysia Pray For Gaza selama lima hari bermula hari ini. Konvoi yang disertai 180 sukarelawan itu bertujuan membangkitkan sikap keprihatinan berterusan dalam kalangan rakyat Malaysia terhadap kesengsaraan warga Palestin akibat penindasan tentera Zionis. Timbalan Ketua […]

Belia 4B disaran tubuh Skuad Bantuan Banjir

JERANTUT 16 Dis. – Pergerakan Belia 4B daerah ini digesa mewujudkan Skuad Bantuan Banjir sebagai langkah membantu agensi penguat kuasa lain seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Petahanan Awam (JPAM) dan polis. Langkah mewujudkan skuad itu bertujuan mendedahkan ahli gerakan tersebut terhadap kerja-kerja sukarelawan yang secara langsung dapat membentuk keperibadian golongan tersebut. Ahli Parlimen Jerantut, […]

Forum Belia: Celik Komuniti ASEAN Peringkat Negeri Selangor

6 Disember 2014 – Majlis Belia Selangor (MBS) dan Majlis Belia Malaysia (MBM)  telah menganjurkan Forum Belia: Celik Komuniti ASEAN Peringkat Negeri Selangor pada 6 Disember 2014 di Intekma, Shah Alam. Forum ini bertujuan memberi peluang kepada semua pemimpin belia, sukarelawan dan golongan belia daripada pelbagai latar belakang untuk turut serta berperanan dalam merealisasikan pembentukan […]

Idris kekal Presiden WAY, menang tanpa bertanding

MELAKA 10 Dis. – Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron mengekalkan jawatan Presiden Pertubuhan Belia Dunia (WAY) buat penggal kedua apabila menang tanpa bertanding pada persidangan ke-16 pertubuhan itu di Tirana, Albania hari ini. Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Tan Sri Mohd. Ali Rustam mengumumkan kemenangan Idris selaku Presiden WAY buat penggal 2014-2018 selepas pencabarnya, Prosper Hoetu […]

Translate »