MAJLIS BELIA MALAYSIA

Amanat Perdana Menteri sempena Hari Belia 2011

2011/05/25

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan menyampaikan amanat dan pengumuman penting kepada sejuta belia yang akan berhimpun sempena Sambutan Hari Belia 2011 di sini, jam 5 petang, Sabtu ini.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata amanat dan pengumuman itu pastinya memberi inspirasi dan pedoman kepada belia yang juga kumpulan terbesar dan terpenting di negara ini.

“Saya pun tidak tahu, saya pun tertunggu-tunggu apa yang akan diumumkan,” katanya selepas meninjau persediaan akhir sambutan Hari Belia yang bermula 27 hingga 29 Mei ini bersama wakil media dengan menaiki dua bas di sini, semalam.

Ahmad Shabery berkata, beliau berpuas hati dengan segala persiapan akhir yang menjanjikan lebih 200 acara menarik membabitkan 80 acara berbentuk pertandingan, 93 acara kerohanian dan keilmuan, manakala bakinya membabitkan persembahan serta pertunjukan.

Kira-kira sejuta pengunjung dijangka menghadiri sambutan Hari Belia 2011 bertemakan ‘Seribu Keriangan dan Sejuta Peluang’.

Sambutan tiga hari itu turut menawarkan pelbagai peluang pekerjaan, perniagaan, keusahawanan, kewangan, perbankan dan bimbingan daripada teknokrat serta korporat.

Sempena Himpunan Sejuta Belia itu juga kempen ‘Ride it Right’ yang bertujuan mengubah pandangan masyarakat terhadap golongan ‘mat rempit’ atau ‘remaja dua roda’ akan diadakan.

Ketua Pegawai Eksekutif Ride it Right Management (Malaysia) Sdn Bhd, Suhaimi Abd Jalil, berkata antara acara yang diadakan adalah perlumbaan motosikal, aksi lagak ngeri, pertunjukan kenderaan, pencarian harta karun, dan aktiviti utamanya ialah perjumpaan terbesar ahli kelab permotoran dari seluruh negara

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »