Kuala Lumpur, 25 Ogos 2011 – Adik Muhammad Shah Haikal yang mengidap sakit jantung kini telah kembali ke tanahair dengan sihat dan selamat. Adik Haikal tiba di LCCT dengan menaiki Airasia dengan ditemani ibunya dan dua orang sukarelawan MBM iaitu Cik Nabilah dan Cik Kar Ling pada jam 12.18 malam dan mereka disambut oleh Presiden MBM, Sdr Maliki, Setiausaha Agung MBM, Sdr. Zaidi dan Exco MBM, Sdr Khairul Annuar serta beberapa rakan-rakan lain. Mereka juga turut disambut dengan penuh kegembiraan oleh bapa adik Haikal dan adik beradiknya serta Puan Kalai dari Mediassist4u. Seterusnya mereka sekeluarga dibawa terus ke penginapan di Pusat Belia Antarabangsa bagi memberi peluang kepada adik Haikal untuk mendapatkan rehat yang secukupnya sebelum pulang ke kampung.
Kita boleh mengikuti kisah adik Haikal di page facebook di http://www.facebook.com/pages/Journal-Adik-Muhammad-Shah-Haikal/205473842840862