MAJLIS BELIA MALAYSIA

750 orang sukarelawan bantu bersihkan rumah bangsa banjir

TKSU KBS (dua dari kanan) bersama SUA MBM (tiga dari kiri) menyerahkan peralatan membersih serta makanan kepada MB Perlis (tiga dari kanan) bagi diagihkan kepada mangsa banjir di Perlis

 

Alor Setar – Seramai 750 orang sukarelawan terdiri dari belia dari Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan dan Melaka telah turun ke Kedah serta Perlis bagi membantu mangsa banjir membersihkan rumah dalam Misi Bantuan Pasca Banjir MBM – KBS. Turut dibersihkan ialah beberapa sekolah yang teruk dilanda banjir. Sukarelawan ini dibekalkan dengan peralatan mencuci seperti penyabu, plastik sampah, berus, sabun serta peralatan lain yang disumbangkan oleh MBM – KBS.

Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KBS, Datuk Jamil Salleh yang turut sama dalam misi ini berkata, program yang dianjurkan bersama Majlis Belia Malaysia melibatkan anggota-anggota persatuan belia dan Rakan Muda berumur antara 15 dan 35 tahun. Setiausaha Agung MBM yang juga turut bersama sejak bermula misi hingga tamat, Mohd Zaidi Aziz berkata, misi bantuan ini telah bermula sejak 1 November yang lalu dengan memberi bantuan keperluan harian kepada mangsa banjir dan misi kali ini lebih memfokuskan kepada membantu penduduk membersihkan rumah yang kotor akibat banjir.

“Disebabkan, sudah ramai sukarelawam membersihkan kawasan awam, jadi kita mengambil inisiatif membersihkan rumah mangsa bagi membantu meringankan beban mereka”, katanya lagi

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »