MAJLIS BELIA MALAYSIA

Belia tolak Gejala Ekstremisme

Majlis Belia Malaysia (MBM)  dengan kerjasama Kesatria Muda Keselamatan bersama Kementerian Belia dan Sukan serta Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur telah mengadakan forum dan kempen Himpunan Menangani Gejala Ekstremisme dan Solidariti Kemanusiaan Syria.

Forum dan kempen ini telah dihadiri oleh Menteri Belia dan Sukan Yang Berhormat Encik Khairy Jamaludin sebagai pemberi ucaptama pembukaan dan penutup telah dirasmikan oleh Menteri Dalam Negeri Yang Berhormat Dato Sri Dr Ahmad Zahid Hamidi.  Saudara Jufitri Johar, merangkap Naib Presiden MBM dipertanggungjawabkan sebagai moderator ketika sesi forum. Antara panel yang dijemput bagi menjayakan forum ini adalah wakil dari Polis DiRaja Malaysia Yang Berbahagia Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, Ketua Penolong Pengarah Counter Terrorisme , Datuk Awang Din Husain , Setiausaha Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam dan wakil dari Jabatan Pengajian Al Quran dan As Sunnah YBhg Dr Fadlan Mohd Othman.

Forum ini turut diselitkan sesi ucapan penolakan dari wakil tertentu seperti wakil Pemuda Pas saudara Raja Ahmad Iskandar Al Hiss, wakil Mahasiswa Islam saudara Afiq Awang dari GAMIS, wakil Parlimen Belia, saudara Akmal Saufi, wakil dari Persatuan Ulama, YBhg. Dr Roslan, wakil dari NGO bukan Islam, saudara Ramesh Row, wakil mahasiswa, saudara Syafiq Kamaruddin, wakil dari Malaysia Lifeline for Syria, saudara Mohd Khairul Anuar Ismail dan wakil dari Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, YBhg Dato’ Sri Dr. Erwan bin Dato’ Hj. Mohd Tahir.

RESOLUSI

MBM sebagai wakil kepada semua belia telah menyerahkan Deklarasi bagi menunjukan bahawa Belia Malaysia menolak kegiatan ekstremisme. Forum ini di akhiri dengan ucapan penggulungan oleh Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri serta pelancaran Tabung Kemanusiaan Syria.

 

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »