MAJLIS BELIA MALAYSIA

4,000 belia mahir dilatih empat tahun lepas

GUA MUSANG – Kerajaan melahirkan sebanyak 4,000 belia berkemahiran dalam pelbagai bidang sekali gus memberi peluang pekerjaan kepada mereka dalam tempoh empat tahun sejak 2011.
Presiden Majlis Belia Melaysia (MBM) Mua’Amar Ghadafi Jamal Jamaludin berkata, belia terbabit termasuk mereka yang tamat pengajian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tetapi gagal melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.
Sasaran Kementerian Belia dan Sukan ialah untuk melahirkan 1,000 belia berkemahiran setahun dan sasaran itu sudah tercapai bermula 2011, katanya kepada pemberita selepas Program Membaik pulih Rumah Mangsa Banjir di Kampung Limau Kasturi di sini, hari ini.
Mua’Amar Ghadafi berkata belia terbabit mengikuti pengajian kemahiran di beberapa kolej awam dan swasta di seluruh negara.
Beliau berkata, negara masih memerlukan ramai belia yang berkemahiran untuk memenuni keperluan tenaga kerja dalam pelbagai sektor dan mengalu-alukan mereka mengikut program anjuran badan itu. – Bernama

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »