Interlok tidak rendahkan martabat sesiapa – MBM
KUALA LUMPUR 16 Jan. – Majlis Belia Malaysia (MBM) merumuskan bahawa novel Interlok hasil karya sasterawan Abdullah Hussein tidak mempunyai motif untuk menghina atau merendahkan martabat mana-mana individu atau kumpulan kaum dalam negara. Perbincangan meja bulat MBM dari Perspektif Belia Malaysia mengenai novel berkenaan hari ini turut merumuskan bahawa ia merupakan satu karya yang jujur […]
USM, MBM bantu penulis buta
PULAU PINANG 11 Jan. – Walaupun meminati bidang penulisan dan pernah berkhidmat dengan sebuah majalah berbahasa Tamil di negeri ini selama 15 tahun, S. Kamala, 51, akhirnya terpaksa akur untuk meninggalkan dunia yang dicintainya itu. Ia berikutan penyakit tekanan darah dalam mata yang dialaminya sehingga menyebabkan Kamala mengalami masalah penglihatan dan tidak dapat melihat […]
ETP bukti kerajaan bertindak secara sistematik, ikut keupayaan
KUALA LUMPUR 12 Jan. – Pengumuman 19 lagi projek di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) negara oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam membuktikan kerajaan sentiasa bertindak secara bersistematik serta mengikut keupayaan yang ada bagi membangunkan negara. Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamad Maliki Mohamed Rapiee (gambar) berkata, ia juga menunjukkan bahawa […]
Ambil langkah drastik bendung budaya gay – NGO
KUALA LUMPUR 8 Dis. – Kerajaan disarankan mengambil langkah drastik membendung budaya gay atau seks songsang yang semakin berleluasa sejak akhir-akhir ini agar ia tidak memberi ancaman kepada negara. Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sependapat sudah tiba masanya kerajaan memandang serius masalah tersebut kerana ia kian meruntuhkan moral masyarakat negara ini. Presiden Majlis Belia Malaysia […]