10 IKON KEMAHIRAN LAHIR DARI PROGRAM 1B1K-MBM
24 Mei 2014 (Putrajaya)
Bagi terus memperkasakan Program 1Belia 1Kemahiran (1B1K) anjuran Majlis Belia Malaysia (MBM), satu majlis menandatangani memorandum persefahaman antara MBM dengan tujuh (7) buah penyedia latihan kemahiran yang ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia dalam melaksanakan Persijilan Kemahiran Malaysia.
Majlis di saksikan oleh YB Dato’ Sri Hj Ismail Hj Mutalib, Timbalan Menteri Sumber Manusia, YBhg Datuk Dr Pang Chau Leong, Ketua Pengarah JPK dan Saudara Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Presiden MBM semasa Karnival 1Belia 1Kemahiran-SkillsMalaysia 2014 sempena Festival Belia Putrajaya 2014.
Turut hadir ialah kepimpinan utama penyedia latihan yang terlibat iaitu Gemilang Motor Academy, Septronic Skills Training Centre, Pure Technic Training Centre, Butter & Olive Academy, Enter Corridor Training Centre, Rekamaju Training Centre dan BJ International Training College.
Turut di adakan ialah penyampaian Anugerah Ikon 1B1K-MBM bagi mengangkat dan mengiktiraf potensi dan bakat serta kecemerlangan mereka dalam menjalani latihan dan akhirnya mendapat pekerjaan dengan pendapatan yang baik. Seramai 10 orang penerima anugerah ini iaitu W Eddie Azlie bin W Mohd Asri (Butter & Olive Academy – Culinary), Ahmad Faizal bin Abdul Hamed (Enter Corridor Training Centre – Mekatronik), Abdul Hafiz bin Mohamad Nor (Enter Corridor Training Centre – Mekatronik), Muhammad Farhan bin Noorazmi (Gemilang Motor Academy – Automotif), Mohd Hafizan Haron (Septronic Skills Training Centre – Elektrik), Mohamad Fakhri bin Wakiran (Pure Technic Training Centre – Plastic Injection Moulding), Fatin Nor Aini binti Mat Rahim (Pure Technic Training Centre – Kawalan Mutu/Kualiti), Norafidah binti Johari (Rekamaju Training Centre – Jurukecantikan), Jegathesan a/l Thus (BJ International Training College – Dandanan Rambut) dan Reza a/p Usop (BJ International Training College – Jurukecantikan)
Beberapa pemimpin belia juga hadir bagi meraikan majlis ini seterusnya memberi sokongan kepada pembangunan belia berkemahiran iaitu Puan Wan Salwati Hj Abdullah (Naib Presiden MBM/Presiden Majlis Belia Negeri Sembilan), Saudara Khairul Amin Osman (Presiden Majlis Belia Negeri Pahang), Saudara Azizan Saad (Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Sembilan), Saudara Eric Choo (Exco Majlis Belia Malaysia) dan Saudari Ivie Leong (Exco Majlis Belia Malaysia).