8 Januari 2015 – Sekretariat 1Belia 1Kemahiran MBM diketuai oleh Sdr Mohammad Rizan Hassan telah menggerakkan 20 orang belia berkemahiran untuk membaik pulih pendawaian elektrik di rumah-rumah mangsa banjir yang terjejas dalam kalangan OKU, ibu tunggal, dan warga emas . Misi menumpukan untuk membantu di Kuala Lipis bagi pelaksanaan fasa pertama ini.
Fokus kumpulan juga untuk baik pulih premis awam yang perlu diguna segera seperti surau, dewan orang ramai dan tadika. Fasa pertama ini dijangka selesai pada 11 Januari 2015 sebelum disambung dengan fasa-fasa seterusnya.