Tanjung Malim | 9 Ogos – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Perpustakaan Negara Malaysia dengan kerjasama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menganjurkan Persidangan & Pameran Antarabangsa Manuskrip Melayu 2022 selama dua hari bermula 9 – 11 Ogos 2022 bertempat di Dewan SITC UPSI, Perak.
Program tersebut telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Dr. Santhara, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya. Turut hadir dalam majlis perasmian tersebut YBrs. Puan Salasiah binti Abdul Wahab, Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia dan YBhg. Dato’ Prof. Dr. Md. Amin bin Md. Taff, Naib Canselor (UPSI).
MBM telah diwakili oleh Sdr. Mohamad Khairul Azman Abdul Azeez, Naib Presiden MBM.
Dalam program tersebut MBM turut mengadakan pameran penerangan mengenai MBM kepada tetamu dan peserta program yang hadir.