ATAS TALIAN 27 Julai – Jawatankuasa Latihan dan Kepimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan sesi perbincangan secara atas talian bersama Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun berhubung cadangan membangunkan semula program ‘Junior MBM’.
Junior MBM diwujudkan pada tahun 2019 merupakan platform khas untuk belia berumur 15 hingga 21 tahun khususnya yang berada di alam persekolahan dengan misi mendorong untuk selalu bersikap baik kepada masyarakat tanpa mengira warna kulim, bangsa dan agama.
Turut sama dalam perbincangan ini, Timbalan Jawatankuasa, Sdr. Matt Ngai dan Ahli Jawatankuasa Sdr. Syafiq Wahab.