MAJLIS BELIA MALAYSIA

Perbincangan An Najjah Fiqr Consultant Bersama Presiden MBM mengenai usaha belia dalam pemilikan rumah

KUALA LUMPUR 1 Mac – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid telah bertemu dan berbincang dengan Encik Ziadi Zaidon dari An Najjah Fiqr Consultant berhubung isu pemilikan rumah dalam golongan belia atau pembeli muda.

Statistik menunjukkan golongan belia masih rendah dalam pemilikan rumah atas beberapa faktor antaranya, harga rumah semakin mahal.

Terbaru ini, kerajaan mengumumkan pada pembentangan bajet 2023 berkenaan (SJKP) ditingkatkan sebanyak 5 bilion yang memberi manfaat seramai 20 ribu peminjam yang memerlukan.

Antara usaha syarikat ini adalah untuk membantu golongan belia memiliki rumah pertama mereka

sendiri mengikut paras kemampuan mereka. MBM percaya golongan belia perlu mendapat input dan nasihat yang betul dalam membantu mereka memiliki rumah pertama.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »