SEBERANG PERAI 11 April – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Jufitri Joha telah hadir menyempurnakan sesi penutupan Kursus Pengurusan Organisasi (KPO) anjuran Majlis Belia Negeri Pulau Pinang.
Program ini merupakan inisiatif majlis belia negeri bagi menyediakan kepimpinan belia yang mampu mengurustadbir organisasi ini apabila had umur belia 30 tahun dikuatkuasakan.
Presiden MBM dalam ucapannya menekankan betapa pentingnya seseorang belia memiliki ilmu kepimpinan dan pengurusan.