PUTRAJAYA 7 Feb – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghadiri mesyuarat post mortem Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Sidang II, Penggal Ke-33 Sesi 2021-2022 yang diadakan di Menara KBS di sini.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Dr. Zainah Shariff, Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Belia JBSN ini bertujuan membincangkan isu, masalah dan cadangan penambahbaikan program ini di masa akan datang.
Mesyuarat berlangsung secara fizikal dan hybrid. MBM diwakili oleh Penyelidik MBM, Dr. Syafiqah Abdul Rahim dan Puan Bibi Zaleha.