MAJLIS BELIA MALAYSIA

Mesyuarat kali pertama Majlis Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya (MKBOKU)

PUTRAJAYA 1 Ogos – Exco Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Mohd Faiz Shuhaimi telah menghadiri Mesyuarat kali pertama Majlis Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya (MKBOKU) bertempat di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Mesyuarat dipengerusikan oleh Menteri KPWKM, YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri.

Mesyuarat secara dasarnya memaklumkan Pelantikan Anggota Baharu (Individu) Majlis Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya (MKBOKU) bagi Sesi 2023 – 2025 serta lain-lain berkenaan agenda perancangan dan inisiatif KPWKM.

Sdr. Mohd Faiz yang juga Presiden Majlis Belia OKU Malaysia merupakan salah seorang anggota MKBOKU yang dilantik.

Pelantikan anggota Majlis yang baharu adalah berdasarkan kepada nilai, pengalaman, pengetahuan dan kepakaran yang luas berkaitan dengan orang kurang upaya di Malaysia dan peringkat antarabangsa.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »