Borneo | 7 & 8 September – Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Adam Adli telah menghadiri Kembara Jumpa Orang Muda (Kembara JOM) Peringkat Negeri Sabah 2024 di Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan di Kg Batu Manir.
Turut hadir Ketua Setiausaha KBS; YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Sabah; Datuk Mansur Asun dan Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Belia) JBSN, Dr. Zainah Shariff.
Majlis Belia Malaysia (MBM) diwakil oleh Setiausaha Agung, Sdr. Hasnul Haniff Harun dan hadir sama Presiden Majlis Belia Sabah ; Sdr. Abqaree Fawwaz Abekan dan Presiden Majlis Belia Labuan Sdri. Nazera Roslan
Antara pengisian Kembara Jom ini adalah sesi libat urus pelan transisi kepimpinan belia, aktiviti Rakan Muda oleh JBSN dan pameran reruai oleh jabatan/ agensi kerajaan, aktiviti rekreasi dan Rakan Bumi: Plogging serta banyak lagi.