MAJLIS BELIA MALAYSIA

Forum BITARA Ikhtisas dan sidang media solidariti belia Malaysia terhadap Palestin

KUALA LUMPUR 11 Jan – Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan Forum BITARA Ikhtisas dengan topik “Palestin Merdeka: Krisis Asia Barat Ketempangan Ideal Geopolitik Global” bertempat di Hotel Tamu & Suites, Kg Bharu.

Forum ini menampilkan dua orang panelis iaitu Sdr. Dzul Aiman Zukefly, Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Dr. Muslim Imran, Pengasas-Pengarah Asia Middle East Center for Reserch and Dialogue (AMEC). Sesi ini dipengerusikan oleh Ketua Penerangan MBM merangkap Naib Presiden ABIM, Sdr. Fazril Mohd Saleh.

Program ini merupakan sebahagian pengisian sempena “Global Day of Action” yang disambut pada 13 Januari ini di seluruh dunia.

Forum mengupas situasi terkini pergolakan berdarah di Gaza dengan kematian akibat pembunuhan kejam, penghapusan etnik dan genoside oleh penjajah Israel.

Usai program, satu sidang media MBM dan badan gabungannya diadakan sebagai tanda solidariti dan desakan agar segala usaha untuk mengheret Israel ke muka pengadilan digiatkan agar terhentinya secara kekal kezaliman yang berterusan selama lebih tujuh dekad ke atas warga Palestin.

Di Malaysia, satu himpunan Global Day of Action: Ceasefire Now, Stop the War on Gaza akan berlangsung di hadapan Kedutaan Besar Amerika Syarikat, Kuala Lumpur Sabtu ini.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »