MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM raikan sukarelawan SABERKAS bantu mangsa banjir

HULU LANGAT 25 Januari –  Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Sdr. Jufitri Joha, Setiausaha Agung MBM Sdr. Hasnul Haniff Harun dan Naib Presiden MBM, Sdr. Mohd Izzat Afifi Abd Hamid telah meraikan sekumpulan sukarelawan Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) yang berkampung selama 14 hari bagi membantu mangsa banjir di Hulu Langat. Dalam ucapan meraikan […]

MPBN platform terbaik memartabatkan belia Malaysia

BANGI 25 Januari – Selesai sudah pelaksanaan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Sidang 1, Penggal ke – 33 Sesi 2021- 2022 yang berlangsung di Hotel Tenera di sini. Setelah beberapa tahun tertangguh akibat pandemik, persidangan ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya melibatkan seramai 142 ahli majlis terdiri kepimpinan MBM (Exco, Dewan Tertinggi dan Badan Gabungan MBM), […]

Sidang Dewan Tertinggi MBM kali ke-116

BANGI 24 Januari – Sidang Dewan Tertinggi Majlis Belia Malaysia (MBM) telah memasuki edisi ke-116 yang telah dilaksanakan di Hotel Tenera Bangi, Selangor. Mesyuarat ini dihadiri kepimpinan MBM terdiri dari Exco dan Dewan Tertinggi MBM. Mesyuarat berlangsung secara hibrid. Sidang dipengerusikan oleh Sdr. Rosidi Hasan, Timbalan Pengerusi Tetap MBM dan YB. Mohd Syahbuddin Hashim, Pengerusi […]

MPAT 70 MBM berlangsung secara hibrid

BANGI 24 Januari – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT) kali ke-70 bertempat di Hotel Tenera yang berlangsung secara hibrid (bersemuka dan dalam talian) melibatkan penyertaan fizikal Exco dan Dewan Tertinggi MBM. Pelaksanaan secara hibrid mengambilkira situasi negara yang masih dalam tempoh pandemik. Persidangan dipengerusikan oleh Pengerusi Tetap MBM, YB […]

Translate »