MAJLIS BELIA MALAYSIA

AI_faq_bannerSoalan Lazim ini menyediakan maklumat yang sering mendapat pertanyaan dari rakan-rakan belia. Jika anda masih lagi tidak dapat maklumat yang dikehendaki, sila hubungi kami melalui email mbm (at) belia.org.my.

Terima kasih.

1. Soalan : Saya ingin mendaftar sebagai ahli Majlis Belia Malaysia (MBM).  Bagaimana dan berapa yuran keahliannya?

Jawapan: Untuk makluman, MBM bukanlah sebuah pertubuhan belia tetapi ianya Badan Induk kepada persatuan-persatuan belia di Malaysia yang bergabung di bawahnya . MBM hanya menerima permohonan untuk menjadi ahli daripada Persatuan / Pertubuhan belia sahaja dan bukan dari individu. Jika anda ingin berdaftar sebagai ahli persatuan belia, anda boleh hubungi Badan Gabungan MBM (klik di sini) untuk mendapatkan maklumat mengenai persatuan-persatuan belia di kawasan anda.

2. Soalan: Kami ingin mendapatkan pinjaman perniagaan dari MBM, bagaimana caranya?

Jawapan : MBM tidak pernah menyediakan sebarang pinjaman untuk perniagaan. Sebelum ini, pihak Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) ada menyediakan kemudahan pinjaman Tabung Ekonomi Belia tetapi ianya telah dibekukan buat sementara waktu.

3. Soalan : Kami ingin mendaftarkan pertubuhan belia di kawasan kami. Bagaimanakah caranya?

Jawapan: Sila layari http://roy.kbs.gov.my untuk mendapatkan maklumat penuh mengenai pendaftaran tersebut.

2 Responses

  1. Aslamualaikum,
    Saya dari wakil sekretariat Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Kuala Pilah Negeri Sembilan ingin mengajukan soalan kepada Majlis Belia Malaysia,sya ingin tahu jika Majlis Belia boleh menyediakan sponsorship untuk program yang berunsurkan akademik ke luar negara,jika boleh, bagaimana saya boleh mendapatkanya?

  2. Assalamualaikum
    Saya Pembantu Penyelidik untuk projek geran penyelidikan berkaitan belia ingin bertanya sama ada saya boleh mendapatkan nama persatuan dan alamat persatuan belia di Kedah yang berdaftar di bawah Majlis Belia Malaysia dan bagaimana proses untuk mendapatkannya?

Leave a Reply

Translate »