MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM raikan sukarelawan SABERKAS bantu mangsa banjir

HULU LANGAT 25 Januari –  Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Sdr. Jufitri Joha, Setiausaha Agung MBM Sdr. Hasnul Haniff Harun dan Naib Presiden MBM, Sdr. Mohd Izzat Afifi Abd Hamid telah meraikan sekumpulan sukarelawan Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) yang berkampung selama 14 hari bagi membantu mangsa banjir di Hulu Langat.

Dalam ucapan meraikan sukarelawan, Presiden MBM menekankan pentingnya makna dan ruh kesukarelawanan dicari bagi memastikan para sukarelawan terus istiqamah di jalan perjuangan.

Ini merupakan usaha murni dan integrasi serta keprihatinan belia Sarawak terhadap rakyat Malaysia yang dilanda musibah. Syabas Saberkas!

Misi ini mendapat sokongan dan bantuan Malaysian Relief Agency (MRA) Negeri Selangor yang juga merupakan rakan strategik MBM.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »