SHAH ALAM 18 Mac – Wacana Sinar Bersama MBM Siri 95 dengan tajuk PRK : Apa Kesan Terhadap Demokrasi yang menampilkan panel Dr. Muhammad Faiz Na’aman Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Bersatu, YBhg. Datuk Lokman Noor Adam Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Sdri. Atiqah Syairah Shaharuddin Penolong Setiausaha Agung MBM dan Prof. Dr. Sivamurugan Pandian Ahli Sosiologi Politik USIM. Moderator oleh Sdr. Amin Idris Personaliti TV, Perunding Latihan Dan Motivasi. Siri wacana ini berlangsung di Kompleks Media Karangkraf Shah Alam, Selangor.
PRK adalah Pilihan Raya Kecil dimana ia diadakan adalah disebabkan kekosongan kerusi akibat kematian penyandangnya atas semangat menjunjung sistem demokrasi berpelembagaan. Bagaimanapun, semangat demokrasi itu sedikit dirobek apabila kerusi dikosongkan atas sebab politik. PRK akan melibatkan kos yang amat besar, adakah terdapat mekanisma lain untuk memilih pengganti.
Menurut Prof. Dr. Sivamurugan Pandian reformasi ke atas PRK perlu dilakukan untuk mencari mekanisme baharu supaya ia tidak terus dijadikan sebagai medan berpolitik semata-mata oleh parti-parti tertentu demi kepentingan peribadi tambahannya lagi sudah tiba masanya agenda kepentingan rakyat diberikan keutamaan selaras dengan usaha untuk membina negara dan bangsa kea rah yang lebih baik.
Atiqah Syairah Shaharuddin mengingatkan ahli politik agar tidak menghina rakyat di atas undian mereka terhadap mana-mana parti politik. Jangan disebabkan kita (parti politik) gagal untuk yakinkan rakyat, kita hina rakyat yang pilih sesiapa pun. Kita hina rakyat pilih parti A, kita hina rakyat ini pilih parti B, jadi jangan hina kebijaksanaan rakyat. Katanya pada Wacana Sinar Bersama MBM Siri 95 dengan tajuk PRK : Apa Kesan Terhadap Demokrasi.
“Saya yakin apabila sampai tempoh dapat bayar segala hutang di luar itu, sudah tentu wang yang ada boleh digunakan untuk tunaikan manifesto,” – Dr Muhammad Faiz
Sementara itu, Datuk Lokman Noor Adam menyifatkan kerajaan PH gagal dalam menguruskan ekonomi negara selepas mengambil ahli pentadbiran daripada BN sejak 9 Mei lalu.