MAJLIS BELIA MALAYSIA

Syarahan Perdana Dan Diskusi Kepimpinan Belia 2016 : “Belia Dan Kesepaduan Sosial”

Bangi 24 Okt –  Syarahan Perdana 2016 Dan Diskusi Kepimpinan Belia 2016 yang bertemakan “Belia dan kesepaduan sosial” telah diadakan di Auditorium Permata Pintar UKM pada 23 oktober 2016  jam 8.30 pagi hingga 1.30 petang. Pemilihan tema Agenda Belia Dan Kesepaduan Sosial yang dipilih pada Konvensyen Belia Kebangsaan 2015.

Program ini merupakan inisiatif penganjur untuk membincangkan isu penting nasional secara ilmiyyah dan mendekati generasi pelajar-pelajar berprestasi tinggi seperti di Permata Pintar. Pengisian yang disampaikan oleh pembentang antara lain mengisyaratkan bahawa perlunya generasi belia memiliki aset-aset yang kukuh dalam membina perpaduan seperti memahami perbezaan keagamaan, budaya, bahasa dan memililh pemimpin yang cakna terhadap perpaduan. Penganjuran program ini dapat membuka ruang kepada para pelajar untuk melihat dunia dengan kaca mata yang luas disamping menajamkan wawasan mereka untuk menjadi generasi pelajar yang dapat berperanan aktif meneruskan kelangsungan perpaduan negara khususnya dan membentuk kefahaman yang jitu terhadap keunikan setiap kaum di negara ini.

Menampilkan pembentang Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Ahmad Bajunid, Presiden Persatuan Pendidikan Malaysia dan moderator oleh Sdr. Jufitri Joha Naib Presiden MBM. Program syarahan dan diskusi ini adalah anjuran Jawatankuasa Pendidikan & Penyelidikan, Majlis Belia Malaysia dengan kerjasama Pertubuhan Belia Kerapatan Graduan Muda (KAGUM), Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) & JK Mempromosikan Persefahaman Dan Keharmonian Di Antara Penganut Agama (JKMPKA).

 

 

SESI KEDUA DISKUSI MEJA BULAT KEPIMPINAN BELIA.

(11.44 pagi hingga  1.00 petang)

Mediator : Sdr. Jufitri Joha

Pencetus: En.Hanapi

PERSATUAN BELIA KERAPATAN GRADUAN MUDA(KAGUM) merupakan sebuah pusat remaja yang aktif dalam majlis belia Malaysia. Majlis meminta pelajar permata pintar untuk melontarkan beberapa idea atau pertanyaan kepada persatuan belia kerapatan graduan muda (kagum).Samaada persoalan permasalahan yang berkaitan dengan perpaduan.

 

 

Sesi soal jawab/ pandagan/ lontaran idea;

Nama: Cik Siti Fatimah Bt Syarip

Pekerjaan: cikgu tadika

Pandangan 1: Saya membesar di sebuah perkampungan majority melayu. Bila bekerja di sekolah antarabangsa terdapat berbezaan didikan. Orang bukan melayu menitikberat pendidikan dan akhlak. Manakala orang melayu kurang menitikberat soal akhlak dan tegas soal pelajaran kepada anak-anak.. Sifat kekurangan akhlak segelintir orang melayu membuang sampah dimerata tempat. Dengan alasan sifat teralu bergantung kepada pekerja pembersihan yang menguruskan kebersihan alam sekitar tersebut. Jadi, tiada kesedaran diri dalam jiwa kaum melayu terhadap diri mereka untuk menjaga alam sekitar berbanding kaum lain

 

Nama: Zukaikha

Pelajar: High School Permata Pintar

Soalan 1: Sifat ibubapa yang melatih anaknya memikirkan atau menilai sesuatu kaum tanpa menyelidik kesahihannya. Contoh kaum A adalah kaum menipu, kaum B adalah kaum suka mencuri dan kaum C adalah kaum suka mengumpat. Kenapa ini berlaku?

Jawapan: Kita mestilah bijak bergaul dengan mereka yang berbeza agama kerana berpegang kepada  konsep ‘1 Malaysia’ kita mestilah memahami dan menghormati agama lain. Pihak-pihak kerajaan perlu turun bersama memberikan diskusi untuk mempencerahan kepada masyarakat yang tidak bergaul supaya bergaul Antara kaum lain. Selain itu, mengadakan subjek tertentu untuk kaum-kaum lain seperti pendidikan sivik dan pendidikan moral.

 

Nama: Mohd Syahmi

Pelajar: High School Pertama Pintar

Pandangan 2: Sukan boleh merapatkan hubungan Antara kaum seperti sukan bola sepak, bola tampar dan lain-lain. Selain daripada itu perpaduan dinilai berdasarkan tempat tinggal seseorang , sifat bertegur sapa Antara jiran perlu diterapkan.

 

Nama: Abdul Rawi

Pelajar: High School Pertama Pintar

Pandangan 3: Berkenaan Jati diri kebangasaan. Jati diri rakyat adalah berbeza mengikut aliran sekolah masing-masing. Contoh, Sekolah Kebangsaan Jenis Cina adalah sekolah majoriti orang cina manakala Sekolah Kebangsaan Rendah India , majoriti orang india berbanding kaum lain. Selain itu, pelajar perlu memahami atau menambah ilmu memiliki Bahasa yang lain.

 

Nama : Muhd Muaz

Soalan 2: Perjuangan tanpa pendedahan, adakah ini membuktikan Negara itu merupakan satu kemunduran.

Soalan 3: Adakah sistem pendidikan kini lebih baik berbanding dahulu?

Jawapan 2: Pendidikan adalah penting tetapi tanpa pendedahan terhadap perpaduan akan melahirkan Negara yang mundur kerana sifat bergantung kepada kaum sendiri sahaja. Jadi, perpaduan kaum tidak dapat berkembang dengan baik disebabkan sifat berkelompok.

Jawapan 3: Sistem pendidikan yang mengecilkan lingkungan kaum tersebut. Tamsilnya, kini sekolah dan peringkat university telah melancarkan pelbagai program kemasyarakatan  tanpa  mengira kaum. Dan kini sector pekerjaan mementingkan sjiil kemasyarakatan atau program luar sebagai bonus kepada temuduga kerja.

 

img_3283 img_5282 img_5299 img_5302 img_5307 img_5313 img_5320 img_5323 img_5331 img_5332 img_5346 img_5356 img_5393 img_5398

 

 

 

 

 

 

 

 

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »