MAJLIS BELIA MALAYSIA

Sudah sampai masanya MyCorps diinstitusikan

KUALA LUMPUR 24 Ogos – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Jufitri Joha telah menghadiri majlis tamat latihan MYCorps Asia Selatan 2.0 bertempat di Pusat Belia Antarabangsa Kuala Lumpur. Majlis ini disempurnakan oleh YB Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

Seramai 41 anak muda MyCorps pulang selepas berkhidmat di Nepal dan Bangladesh dengan 91 projek komuniti pada awal tahun ini. Sebelum ditempatkan di dua buah negara tersebut, mereka dilatih hampir sebulan dengan ilmu kesukarelawanan dan kemanusiaan.

Idea penubuhan MyCorps diilhamkan oleh wakil MBM di dalam Makmal Transfromasi Pembangunan Belia 2010 mengambil konsep Peace Corps America yang menghantar duta-duta kecil bersukarela dan mempelajari budaya asing di luar negara.

Sudah sampai masanya MyCorps diinstitusikan menjadi Yayasan bagi memperhebatkan usaha diplomasi lunak (soft diplomacy) ini.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »